Monday, July 12, 2010

dedikasi untuk yang tercinta


Aku ingin menjadi mimpi  indah dalam tidurmuAku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rinduKerna langkah merapu tanpa dirimu
Kerana hati terhentiAku menjadi sesuatu yang bias kau sentuhAku ingin kau tahu bahawa aku selalu memujamuTanpamu, sepinya waktu merantai hatiBayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamuSeperti udara yang kuhelaKau selalu adaHanya dirimu Yang biasa membuatku tenangTanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi
dan sepi.....





"

Friday, July 2, 2010

bumi yang asing ini

bumi ini sangat asing bagiku.menjadi sebagian tuntutan buatku,
hati aku mulai kering, kosong saja walau langkah ku  rancak, hati jadi kosong , ghairahku pada kehidupan terhenti. nafas ini kerapkali berhela keras.

Pagi di sini hanya mengundang pilu. pada lena yang terlalu ringan. Tatkala kaki berat mengatur jalan. Si Kecil bagai ingin memberontak. tapi apa daya, bicaranya hanya dengan tangisan. Along merengek2 bila mau pulang? walau hanya sayup di hujung talian, aku dapat mengesan rindunya dia.

Suamiku yang entah berapa kali menelefon, bagaikan mabuk kepayang jadinya.Si Puteri demam tak kebah2, Aku jadi berbelah. Perasaan yakin untuk melepaskan anak kecil itu pada jagaan pengasuh masih cetek. sedangkan ibu mertua yang setia tanpa rungutan terbeban dgn karenah wira licik berdua itu. Tambahan pulak adikku yang tiba2 menjadi sakit.

HARI yang aku takuti selama ini mulai tiba, bila aku perlu mula melepaskan kebergantungan dan harapan pada mereka yang selama ini terlalu melindungi kami. benarlah , rancangan manusia di bawah rancanganNya. adikku yang masih terubang ambing dengan alahan mengandung juga bergantung harap pada mummy demi menjaga anaknya, kejam rasanya jika aku pentingkan diri sendiri. 

JAlan termudah, yang sebenarnya aku perlu lakukan sedari awal , ialah berdiri atas kaki sendiri dan Bertawakkal kpdNya jua.

Tuhanku.... Ya Rabbi, Kau permudahkan jalan hambaMu yang mengharapkan Limpahan salamah, rahmat, kasih sayangMu demi aku melangkah lebih jauh, Kau tetapkan hatiku, kau tabahkan hatiku dengan UjianMu ini, Kau tanamkan azam dan kegigihan tatkala aku bekerja, KAu paterikan Keikhlasan aku mencari rezeki KurniaMu ini, Ya Allah.
Amin, Ya Allah.



"

Tuesday, June 22, 2010

AKU MANUSIA SENSITIF (AMS)

BERJAUHAN. Dengan mereka. yang tersayang, tercinta, tersanjung. Anak2, suami , ibu  dan adik2. Di sini dengan teman yang senasib. Bezanya dia punya senarai rindu lebih pendek.

Demi satu fasa bernama self esteem, kucoba bakar setiap deraian air mata, agar kering sayu di dada, terhapus pilu yang bersarang di jiwa. Sekurang2nya pada tanggapan mereka yang memandang. Kuhias dengan tawa, senyuman menyenagkan mata, dan bicara rancak bersama teman . seolah tiada gusaran di hati. Kucuba terima setiap perubahan untuk memajukan keluarga, impian bersama pujaan hatiku, suami tercinta. Tidur berbantalkan lengan. Meredah panas dan hujan. menjadi survivor pada makan yang asing ini. untung ada teman yang sangat pemurah dengan bantuan. Gracias, mi  amiga, Muni!


tapi siapa menduga, apa yang berbusa di lubuk yang dalam.t atkala merangka ayat-ayat ini, hati meruntun untuk mendakap mereka, rindukan belaian suami tercinta, teringin mencium pipi tua ibu. Hari selasa, teringat Nat.  Apatah lagi my iron lady tu dah mula merosot kesihatannya, kekurangan tenaga mudanya. Jika diselak selindung hati, maka ketahuilah bahawa aku hanya manusia biasa. terlalu biasa. Bisa nangis! Aku bukan iron lady macam mummy, bukan superwoman! Tetap sensitif! bohonglah kalau aku katakan tiada beza di sini dan di sana. Tapi aku bersyukur kerana lingkungan ini masih bisa aku jelajah, masih ada saudara utk mengadu nasib tatkala susah.


Pada si dia tercinta, hatiku sakit berjauhan , tapi andai seribu kesakitan perlu kutempuhi demi impian bersama kita, akan kupanjatkan doa padaNYA. Agar kekuatan yang dilimpahNya kian berlipatganda. Saat berjauhan ini membuatkan kenangan lama terimbas indah, tergambar jelas satu persatu. Irama lagu penyeri cerita cinta dulu kuputar berkali 2 penawar rindu merungkai dingin di hati.  

tak akan ada janji manis untuk kutitip padamu, hanya cinta dan rindu saban waktu, dari dulu ke hari ini. Dari saat mata bertemu, jatuh cinta, ke jinjang pelamin, punya zuriat  cinta kita, melihat kau menginjak tangga kerjaya . Ayuhai cinta, hatiku sakit, sakit rindukan kamu !!!

Thursday, June 17, 2010

bunga mama





inilah gambor potrait la konon2nya. Nak dapat gambar cam ni rupanya seksa! Nak pulak model tu tak bole duduk lagi, lambat sikit ,senyum pun dah berubah la!

Dengan bantuan assistant yg ringan tulang , tanpa  disuruh  , si angah acah2la si adik supaya maintain mode cute tu,  panggil nama, bagi mainan supaya  dapat ambik gambar yang menarik, berkali-kali jugaklah snap, hanya 2 pcs NI  yang cantik dipotretkan, yg lain tu, buat kenangan, tengok perangai budak kecik bila nak kena bergaya di depan lensa kamera.... dah namanya baby, angin macam mana sekalipun, mama sure tak marah punya, mamalah pulak kena sabar, tak bole gopoh2 cam snap gambo abang2, bole arah buat gaya itu ini,

selalu orang letak gambor sebelum baru , then selepas. Tapi aku letak yang dah jadik dulu sbelum the making dia.... tengoklah betapa susahnye nak ambik gambor dia

Wednesday, May 12, 2010

KAMPUNGKU

KAMPUNGKU, seperti nama kebanyakkan kampung di malaysia, nama kampungku diambil dari nama pokok yang banyak tumbuh di sekitar kampung ini satu ketika dahulu iaitu pokok Gelam. Semasa di sekolah rendah, aku dan beberapa kawan sekampung ditugaskan untuk membuat kajian sejarah la kononnya, asal usul nama kampung. kami pun naik beskal@ gerek keliling kampung , bertanya veteran2 kampung. mereka pun dapat cerita daripada datuk nenek la jugak....
pokok nipah, asal air nira, minum segar atau bole buat gula tarik (homemade candy) atau manisan 

Ianya penempatan berkelompok, sesuai dengan jenis aktiviti penanaman padi masyarakat melayu di kampung semenjak dahulu lagi. Masih teringat lagi aku turut serta ketika menanam padi. Bukan menanam padi yang kami ditunggu, tapi antara cara untuk turun ke bendang tanpa dimarahi mummy ialah tawarkan diri untuk membantu bila tiba musim menanam padi! membantu tu sekejap je, berlari dalam bendang yang lebih!(inilah Masker kami, org kampung, org bandar bayar beratus2 utk masker lumpur...hu hu masker menambahkan gatal di muka)

Kali terakhir aku menanam padi ialah sebelum sambung ijazah ke Shah Alam (yg kemudiannya aku lari balik  sambung d Arau jugak sbb homesick !), nak dapat duit belanja lebih, aku pun turun ke bendang, tolong abang 'menyulam'. Menyulam ialah  proses di mana kita memastikan padi tumbuh sekata ketika musim penanaman padi secara selerak kerana akan ada kawasan yg tidak ditumbuhi padi. Proses ini dilakukan dgn menanam padi di ruang yang tidak ditumbuhi padi lah!

Itulah kami adik beradik, bukan senang nak senang, (salah ke kalau aku cakap sekarang aku tak nak susah payah cam dulu2 dah?)  adik aku yang paling bongsu, tiap2 kali cuti mesti kena tolong ayah 'buat rumah' ( ayah seorang tukang rumah). Aku teringat lagi macam mana aku kumpul duit nak beli jam tangan untuk suami tersayang (waktu tu masih d uitm la). sehari seringgit mintak kat mak, mak tanya" nak buat apa?' aku jawab'' ada lah, anggap saja upah tibaq roti canai', he he,  sampai sebulan dapatlah beli jam tangan kat si dia....tapi si dia ni jenis tak pakai jam  tangan la pulak. pelik kan ? orangnya punctual, kalau janji pukul 9, pukul lapan siap dah tunggu , kami satu family kena bangun pukul 6! Tapi memang tak pakai jam... menunjukkan org yang pakai jam x semestinya kerana fungsi jam sahaja.Juga, orang yg x pakai jam bukanlah org yang x hargai masa.

Bila dah terjun bendang .....seronok mmg seronok (tok sah nak cerita bestnya), tapi , keluar nanti letih bagai hilang tenaga! abih riang,, badan mesti gatal2, miang jerami la, ditambah pula dengan penggunaan baja kimia yang pelbagai nama, ditambah pula dengan SISA racun serangga perosak,. risiko orang bendang katakan. sebab itulah sekarang ni, kerajaan giat promote amalan pertanian baik gitu.(hu hu tringat jawab soalan spa8  baru2 ni)

satu lagi keserononokan yang sampai sekarang aku akan join, bila air telaga mulai kering(yang dulu kami gunakan untuk mandi ,25 years ago la). Air di bendang akan kering, jadi ikan mulai berpindah ke mana2 telaga yg berhampiran.Waktu inilah aku dan adik2 mula mengenen abang sulung timba telaga, proses keringkan air di dalam telaga untuk tangkap ikan. sepupu sepapat, anak2 jiran , mesti ramai yang nak tumpang sekaki,, silap2 dari pagi sampai petang!kalau yang tak bagitau mak tu, balik karang adalah yang nak kena .... selalu kami punya telaga, mak dah tau awal2 , kira selamat la kan? yang menumpang ni, badan dah terjun dalam lumpur, kepala ligat cari alasan la....
ikan sepat, ikan haruan, ikan keli, ikan puyu dan udang bendang, banyak lagilah yang akan dapat free! modal cuma petrol utk isi pam air le, dulu2 pakai tangan utk timba telaga ni, tong minyak masak yang diubahsuai dgn tali panjang. proses ini memerlukan 2 org, selalu lelaki la, aku tak pernah cuba pun sbb tau sangat dah, boleh sakit badan ooo.pengalaman paling tak lupa masa tangkap ikan ni ialah bila aku dah terjun, tangkap ikan best la layannn... sekali ada ular air ke ular tanah, tak taulah! elok aje menuju kat aku. Niat di hati tu, Nak cabut la, tapi lumpur setakat pinggang tuuu....aku jerit mintak tolong abang aku no 4 tu, tahu apa dia cakap?


"tangkap la! baling keluar telaga!" lepas tu bole gelak2..

sampai aku dah meleleh air mata, dia pun tangkap la , baling keluar.... sengaja! (tringat crita Drover's wife).
 ini la telaga yg best sg,t tu.... waktu ni pun musim kemarau, itik pun x lalu nak berenang
Ketika hampir semua penduduk masih bergantung kepada air telaga: musim kemarau atau musim timur, air telaga akan kering: kecuali telaga yang besar dan dalam sahaja, selalunya aku akan mandi di telaga rumah sepupu belakang rumah la, nak ke sekolah, kena la bangun pagi2 buta pergi mandi, balik mandi, kaki tetap kotor sebab redah bendang yang agak berdebu....  belum dihambat itik angsa yang asyik nak menyudu orang lagi.... Anak tuan sendiri pun tak kenai! (seingat aku, masa belum pasang paip besar tu, bekalan air paip tetap akan terputus2 bila musim kemarau.)

tapi musim kemarau dulu rasanya tak sepanas sekarang, rasanya dua sebab:1: perubahan cuaca sekarang, bumi semakin tenat. 2: mungkin badan aku makin manja, dulu aku tahan je panas... tidor tengah hari boleh pakai comforter lagi... sekarang air mandi pagi pun rasa panas, tak perlu heater pun...


dulu: di kampung, tiap2 petang, tidak bole tidak,aku selaku budak2 mesti keluar bermain ngan kawan. setiap musim ada game nya. Kecik2 main Polis sentri la atau Aci Ligan, main tuju kasut, roundess(betoi ka eja ni, hantam je la), macam baseball la, cuma bola perbuat drpd kertas yang dikepal kemas2 lepas tu dibalut elok2 menjadi bola), Aci Sembunyi (hide n seek): sambil main bole la sharpen skill kali2(sifir), Lompat Tali, zero point,dan macam2 lagi la! pendek kata, tak keluar bermain sehari umpama rasa nak mati !(pernah kena grounded sehari dgn mummy sbb result hampeh, tak study ler, over confident!) tapi selalunya aku main kat rumah kawan2, jarang 2 aku ajak kawan2  main kat rumah aku, ayah garang!!! 

Berbeza dengan anak2 sekarang, tak keluar rumah pun tak kisah, astro ada, tak pun ngadap komputer, masuk internet, belum lagi PS 2 , PS 3, mama masuk je fb, ada saja nak offer, nak tolong siram pokok kat barn buddy , angkat makanan kat cafe world, kutip sampah kat restaurant city, sambung shift kat hotel city..... panjang list nak tolong tu.... tak keluar rumah pun tak kisah!




bila mama mengadap facebook
ikan di kuali bertukar warna
bila mama mengadap facebook
adik meniarap sudah tertidur
bila mama mengadap facebook
pinggan berbasuh pukul 12
bila mama mengadap facebook
angah mandi air melimpah
bila mama mengadap facebook
hujan turun jemuran basah
bila mama mengadap facebook
abah balik nasi tiada
langsung kena off....


hu hu, sekadar hiburan , ditambah nilai hiperbolanye supaya nampak gramatis sikit. 
4 bloggers out  there, jgn le sampai gini ye?

Sunday, April 25, 2010

Alam & Manusia : Awan & Hujan2

Masih lagi dengan awan. bagai di kata, hati dah suka...
 masa ni dalam perjalanan ke rumah my lovely sis,Yani kat Kepala Batas, Kedah. Selalunya sebulan sekali( dapat gaji) aku n husband akan bawak mummy ke rumah dia, lepak2, makan2, tunggu hubby dia habih kerja, lepas maghrib ke asar , shopping, jalan2 kat tesco ke, giant ke, alor star mall ke.
minggu ini ke Alor star Mall sbb ummi Adam nak beli produl Bodyshop n senang parking.Aku pun ambik kesempatan survey camera.harga kurang seringgit je daripada item kat Perlis 4 same spec!while otw there, sempatlah merakam beberapA gambo bidan terjun, sbb nak fokus satu2, tak payah jalan2 ler ceritanye.Edit, cut N delete mana yang buruk dapatlah few photos yg macam kat bawah ni. kalau nak komen, dipersilakan.kecil tapak tangan...





ini bukannya hari senja tapi hari selepas hujan...
arah matahari 'jatuh' sebenarnya di belakang jurufoto.


Saturday, April 24, 2010

PERJALANANKU KE PADANG

Hari ni aku ke padang. hubby cuti today. mmg dah plan nak g padang pun.Angah Today 1st day dia @ Pra. Lepas hantar dia terus bertolak. Hajat di hati nak carik romper chomey2 tuk Wicha. tapi terlalu banyak pilihan sampai nak decide pun tak tau!Cantik2 belaka!

Last2, baju tak terbeli, beli soft toy kura2  for her. Aku namakan Toti. Kenapa aku namakan ? sbb bila kita namakan sesuatu, meaning kita akan attach dgn sesuatu itu , hopefully dia akan hargainya.
Apa yang  penting..... Cam wonder pets), kami dapat menikmati makanan kesukaan kami semenjak bercouple lagi, Sup Koteow Thai!Slurpy! tringat la zaman teruna dara dulu, zaman baget pun sengket je, punya la nak makan , P ramai2, share duit minyak keta,ikut jln Ladang Tebu, sampai share sepinggan Koteow lagi. tapi waktu tu kalu share ngan BF romantik sgt la! padehal, sengket, mengket.

Beli la pulut sekilo, habuan nak buat pulut ayam, Ayam HPA yang  bang Ngah kasi ada lagi dlm peti sejuk tu. Dapat bonus ayam 13 ekor tu! kenduri kat adik beradik la jawabnya.

Dalam perjalanan ke padang, sempat gak  aku snap  few photos. semuanya pandangan paras dada, yalah, sebelah tangan pangku baby, sebelah lagi snap, nasib baik camera phone bole ambik gambar pegun masa kereta bergerak. kalau tidak, jenuh gak nak berenti tu.
 pemandangan ala2 hasienda gitu

 musim penanaman padi jenis selerak.tunggu padi menghijau , cantik. bertambah cantik kalau menguning nanti

 
rumah sapa ni?, cucu tumpang ambik gambo ye?
*randomly captured*

Thursday, April 8, 2010

30 min @stesen keretapi arau


Sambil menunggu keretapi sampai shari tu, aku sempat merakam beberapa gambar yang akan aku simpan sbg kenangan nanti. daripada cakap2 org setempat, tak lama lagi Stesen Keretapi Arau akan dirobohkan, diganti dengan Stesen Keretapi Ekspress baru yang sedang giat dibina ke selatan tanahair.selepas ini, kalau nak ke kl tak perlulah tunggu sampai 12 jam.4-5 jam mungkin dah sampai. Aku sendiri tidak berkesempatan utk menjadi penumpang keretapi. Biasanya aku memilih masa perjalanan yang lebih singkat utk ke Kl. kebiasaannya atas urusan penting sahaja. JAdi tidak berkesempatan melalui pengalaman dalam keretapi. Setakat naik komuter , paling lama pun dari Rawang ke Bangi.LRT, tu biasalah.

Berbalik kepada Stesen keretapi Arau. ianya terletak di bandar diraja Arau. jarak dengan istana hanya sepembaling batu sahaja.kalau dahulu, aku pasti hinggalah sekarang, students Uitm merupakan penumpang setia dek kerana jaraknya yang dekat dengan Uitm arau, dalam 2-3 kilometer.Kawan aku, Nurul antara yang selalu menggunakan kemudahan pengangkutan ini.aku lah tukang angkutnya kerana aku ada motor waktu tu. tak pun Kak Ween, sorang lagi Zera. Semua org Perlis. Ramai kawan2 dari selatan hanya berkereta, kami ni org uara, ramai hanya bermotor sahaja ke kelas.

 
kenangan sblm stesen ditutup


 
di sebelah utara, langit cerah terbentang manakala ke selatan hari nak hujan.


Wednesday, April 7, 2010

Alam & Manusia : Awan & Hujan


Alam& Manusia. Untuk yang bukan seangkatan dengan umo aku, Alam & manusia ialah nama subjek Sains hari ini yang diambil oleh pelajar2 cinoni. Sekolah Rendah. dulu kamu kenal Sains hanya menjejak kaki ke Tingkatan 1. Bimbit buku Nota Sains punyalah bangga. Hari ini, anak umor 4 tahun dah belajar sains. Sains kan maksud dia susunan ilmu manusia dan alam sekitarnya, samalah alam dan manusia!Cikgu Alam & Manusia favourite aku ialah Cikgu Naridan, masih ada lagi, sdg berjuang untuk Phdnya. Masa dia masuk tu dia baru posting, sbb tu dia pun still ngajar sampai hari ni. Kebanyakkan guru yg mengajar aku sekolah rendah dan meniti hari untuk usia bersara.Yelah 'cucu' pun dah masuk sekolah dah....

Untuk Post ini aku akan uploadkan gambar2 awan, sbb antara silibas yang paling aku suka dalam aalam & manusia ialah kejadian hujan, kitar hujan . Jenis awan yang paling aku suka ialah sang pembawa hujan, awan kumulunimbus Sebab aku rasa ianya cantik walaupun ngeri jugak bila ia jadi terlalu besar.

Pernah sekali, dek kerana aku suka melihat awan menjelang hari nak hujan, aku ternampak puting beliung sedang meranapkan rumah sedara aku yang jaraknya lebih kurang 500m dari rumahku. Jelas kelihatan atap genting yang sedang disedut ke dalam puting beliung berkenaan. aku bagai terpegun sampai la mak aku menjerit
" ha, tunggu lagi kat situ! dengan hang sat gi dibawak sekali" aku pun bergegas masuk rumah. dari celah nako, aku masih memerhati kejadian alam yg tak mahu kita lihat kesannya itu.

* hari terakhir exam UPSR, atap rumah aku diterbang puting beliung, satu family x sedar, aku yg kejutkan mak.

" mak! Atap rumah kita dah tak dak!"barulah mak dan ayah aku sedar bumbung rumah tika itu hanya langit yang terbentang luas!

nasib baik la baju sekolah aku tak sempat kena hujan....
satu rumah banjir , air hujan masuk dalam rumah.
 awan berarak mendung @ SK IPGM, Ps

@Hafifah Exit
kilat sabung menyabung, guruh berdentam2, tapi dek teruja nak snap juga , ku gagahi jua w'pun hati dah kecut. siap je, pecut!


hujan dah mula kelihatan

 hujan perenggan

the beauty side of perlis

Post ini aku akan upload semua photo yang menunjukkan keindahan Perlisku tercinta, may besome of the views,  kita jarang2 nampak, atau another angle yg aku rasa cantik mata memandang, aku akan update dari semasa ke semasa, dengan turutan terkini paling atas .
 musim padi mula menguning

 
 @Jln sg berembang, my home area


  Jln Tok Kuning

  Jln Tok Kuning

Wednesday, March 31, 2010

me n fooood...

Ini list my fave food dan tempat aku selalu lepak with mi familia utk menikmatinya....
manalah tau , it may provide some ideas kat korang bila nak carik tempat makan kat perlis ni, expecially @ KAngar Area
  1. Mee rebus tulang + sirap limau@ Azleenas cafe
  2. NAsi Putih+ Telor Mata+sambal belacan+Sup Tulang@Bomaq
  3. Black pepper steak@Bomaq / Bistro Putrabrasmana
  4. Nasi Putih+Ikan Siakap 3 Rasa, Kailan Ikan masin+Sotong Celup Tepung@Andaman / Food court Kuala Perlis( kawasan Paya)
  5. Char Koteow/ Mee udang@Rosli Char Koteow  (depan Kompleks Kastam)
  6. Koteow Tomyam + keropok Goreng @ lupak  lak nama kedai, kami panggil kedai pattani je, Behor Pulai.
  7. NAsi putih+ Ikan Keli goreng/bakar+ ulam daun selom n sambal belacan+Sayur Kuah lemak (slurp!)@restoran Tok MEk, beseri @ ANjung Ikan KEli@Restoran Kina@Pokok SAwa
  8. DAging BAkar @Mungkol, behoq Pulai(ni jauh sikit, kadang2, jarang2)
  9. NAsi LEmak+Sambal Tumis Ikan Kembong. marvelosa!Superb!(@Suri corner, Jln Raja Muda)
  10. 1/4 black pepper roasted chicken+banana muffins+macaroni cheeeese+garden salad+mashed potato.yummy@ mana lagi? Kenny roger's Aloq Staq la.
  11.  KFC 2
  12. Regular Pizza/Seafood lasagna+mushroom/chicken Soup@ PONDOK Pizza!
  13. Cendol pulut @Joe  CEndul pulut Asun, Kedah.
  14. Pasembor/cucur ketam/laksa kuala@Restoran Nelayan
  15. Roti Nan Cheese+hot fresh  milk@restoran Alim (selalu take away je)
adu... aku yg tgh buat list pun jadik lapaq tgk list ni, dah la hujan lebat kat luar tu, hmmm!

 inilah antara makanan pelik tapi kesukaan daku semenjak kecik lagi- Sup kaki ayam.
satu lagi KerabuKaki Ayam, berani cuba?
@ Nasi AyamPeriuk Besar,Seriab

Nat

Nat? nat ke nut? kacang? psy? ramai yg bukan dari utara pasti tertanya, Nat atau bahasa kamusnya pasar sehari, pekan sehari. sama sahaja lah,  dari mana keluar perkataan tu, tak tau la.

Nat yang aku nak cerita ialah Nat Simpang 4 Tok Kassim , tapi  kat pejabat pos , nama simpangt 4 saja. kata arwah mak angkat aku, alllahyarhamah fadzillah, NatSimpang 4 ni yang terbesar sekali di perlis,
 duduk  sambil berniga kurangkan guna tenaga
once upon a time......
pada ingatan aku, dulunya, semua orang meniaga duduk sahaja, berlapik kayu yang dibuat alas ala2 pentas, berniagalah para peniaga yang gigih mencari rezeki yang halal, masih melekat di ingatan aku, ketika seusia anak sulungku sekarang ni, aku cuku gemar membeli kuih apom balik sebab abg sulungku bekerja sbg pembantu di gerai mejual apom balik, tak jemu2! setiap minggu mesti nak mak belikan apom balik. Satu lagi, aku selalu minta mak belikan Tora . makanan ringan yg disertai oleh mainan . mmg favourite la  waktu tu.Asal iklan baru masuk dalam tv, hati mula tak sabar2 nak ke simpang 4.
cendol


Mak pulak(my iron lady) port paling best utknya ialah gerai kain baju . Sidek nama taukenye. kain baju yang mak beli daripada Sidek akan dibawa jual sekeliling kampung. ansuran 2 -3 kali.aku suka sangat mengikut mak ke portnya sbb ada Seorang lelaki India  jual rempah ratus, kalau aku datang mesti akan hulurkan 20 sen. Dulu! 20 sen tu aku dah bole makan nasi sepinggan.

Yang menjual makanan, letih nak mengiranya, tumpuan yang paling kurang surutnya, gerai jual ubatlah apa lagi.yang menjual kain baju macam Pak Cik Sidek pun ada.

20 tahun berlalu...

Nat Simpang 4 Tok Kassim juga masih bertahan, bersama masa yg kian berlalu, ada peniaga yang rebah, ada yang masih tak berubah, peniaga yang benar2 punyai kualiti usahawan sahaja layak bertahan merentas masa. Bijak mencari kesempatan, fokus pada kehendak pelanggan, pasti berjaya. Kebanyakkan pengunjung nat ini ialah orang yang mencari kombinasi barangan murah dan cantik. kebanyakkan peniaga datang dari segenap ceruk utara tanah air, menjanjikan variasi pilihan untuk pengujungnya. malahan, kesempatan ini turut diambil oleh peniaga dari selatan Thailand. Ada sesetengah item , anda tidak perlu ke Padang Besar pun, kerana peniaga sendiri yang akan datang berniaga ke Nat ini.



Pada hari selasa biasa pun pengunjung berasak2 seawal 9.00 pagi apatah lagi hari cuti sekolah ataupun semua orang baru dapat gaji. Silap hari bulan tak sempat nak melepak kat gerai cendol favourite aku tu, licin semua!


Produk yang terkenal selain yang aku dah mention kat atas tu ialah, Laksa Pak Hashim, Ulam laksa dia campur jantung pisang, aku yang bandar air ni, tak makan jantung pisang, pun bole telan, kuah dia biasa sajaa, tapi bila dicampur dengan budu dan ulam, perggghh. Adik aku, Yani cukup suka laksa, mau pulak bulan puasa lintas kat depan gerai dia, hmmm , tahan je la!



Laksa  Jantung Pisang


Kat Nat ni ada yang dijual special item yang jarang2, kadang kita dengar, kecuali org yg betul familiar, contohnya Latut yang seperti rumpai laut, alga laut gitu, diambil dari laut segar2 dan hidup, warna hijau macam seaweed jugak, makan pun fresh cicah sambal belacan. Aku tak pernah cuba, tapi org selalu cakap sedap lah! aku kan bandar air sikit.

Setakat kuih tradisional orang utara , khususnya Negeri ku tercinta ini, memang banyak. 2 minggu lepas, adw  sedara bawak orang kelantan ke Nat, tumpang sekali ngan keta  aku la, rupanya kuih karas ni bukan ada di semua negeri, Si kawan ni apa lagi , borong la. Setiap Kali tengok Kuih Karas teringat my late mak menakan(mak sedara), yang meninggal semasa aku di UiTM , dip dulu nun. Masa kecik2, aku selalu took part lenggang kuih karas dalam belanga (kuali la-org selatan belanga tu periuk ye? ) antara mi favourite kuih tradisional ialah kuih karas, peneram, kuih bangkit, putu beras, putu kacang, kuih kapit dsb. semua ni bole ditemui di Nat.

aku ni kalau bercerita mmg tak bole stop. Nak pulak karangan tanpa draf, bole melalut ke mana hala la.

sememang diakui kebahagian hidup aku ada pada nat. Masa tunggu SPM, setiap minggu  akan ke Nat.Baju nikah aku beli daripada gerai Pak Cik Sidek, Light Pink with Small Flower. Sekali pandang terus terpikat. Tudung dan Baju yang aku pakai mendaftar ke Uitm mula dulu pun dari sini la, Keperluan bahan masakan utk Kenduri kahwin aku pun kat sinila jua. hal yang sama juga utk Majlis Perkahwinan adik aku.Sumbangan Nat pada masyarakat setempat sangatlah besar kerana ianya menjadi tempat perhimpunan peniaga yang sentiasa berusaha mengambil kesempatan dgn rating pengunjung yang tinggi setiap minggu. Bosan?, kalau dah lama tak ke Nat, mula hati rindukan keriuhan peniaga2 di situ. Biarlah badan letih pusing satu Nat, tapi hati puas.


teringat cerita bawang putih bawang merah

jagung taiwan yang manis, enak direbus atau buat jemput2 jagung cicah dgn homemade cabai cuka, nyum!! kena pulak lepas hari hujan , hm hmm


Tuesday, March 30, 2010

welcome....

 welcome ever body!
aku ni budak yg mmg tersangat baru belajaq bab bloging ni.( org dah sampai  ke bulan aku baru nak cuba naik tangga planeterium), naik lif pun gayat....
blog ni aku buat khas utk menyimpan hasil fotografi aku. may be bbrapa hasil drp minat aku yg macam2 tu, menjahit, melukis, mengarang syair@cerpen.
setiap kali ada acara menarik, sedaya upaya akan aku upload fotografi yg bagi aku ada nilai visualnye, 

aku tak ada apa2 basic dalam bidang foto, tapi aku ni manusia yg sukakan kerja2 kreatif. normal kan? i'm just ordinary person yg sukakan benda yg berseni @ cantik2, normal la tu. 
cantik pulak banyak kayu ukurnya. cantik utk aku tak semestinya cantik utk org lain.
utk permulaannya, gambar yg di simpan di galeri virtual aku ni taklah setajam mana, pakai pun mobile camera yg cukup2 syarat je. 

kalau ada yang sudi singgah membaca, terima kasih...