Sunday, April 25, 2010

Alam & Manusia : Awan & Hujan2

Masih lagi dengan awan. bagai di kata, hati dah suka...
 masa ni dalam perjalanan ke rumah my lovely sis,Yani kat Kepala Batas, Kedah. Selalunya sebulan sekali( dapat gaji) aku n husband akan bawak mummy ke rumah dia, lepak2, makan2, tunggu hubby dia habih kerja, lepas maghrib ke asar , shopping, jalan2 kat tesco ke, giant ke, alor star mall ke.
minggu ini ke Alor star Mall sbb ummi Adam nak beli produl Bodyshop n senang parking.Aku pun ambik kesempatan survey camera.harga kurang seringgit je daripada item kat Perlis 4 same spec!while otw there, sempatlah merakam beberapA gambo bidan terjun, sbb nak fokus satu2, tak payah jalan2 ler ceritanye.Edit, cut N delete mana yang buruk dapatlah few photos yg macam kat bawah ni. kalau nak komen, dipersilakan.kecil tapak tangan...





ini bukannya hari senja tapi hari selepas hujan...
arah matahari 'jatuh' sebenarnya di belakang jurufoto.


Saturday, April 24, 2010

PERJALANANKU KE PADANG

Hari ni aku ke padang. hubby cuti today. mmg dah plan nak g padang pun.Angah Today 1st day dia @ Pra. Lepas hantar dia terus bertolak. Hajat di hati nak carik romper chomey2 tuk Wicha. tapi terlalu banyak pilihan sampai nak decide pun tak tau!Cantik2 belaka!

Last2, baju tak terbeli, beli soft toy kura2  for her. Aku namakan Toti. Kenapa aku namakan ? sbb bila kita namakan sesuatu, meaning kita akan attach dgn sesuatu itu , hopefully dia akan hargainya.
Apa yang  penting..... Cam wonder pets), kami dapat menikmati makanan kesukaan kami semenjak bercouple lagi, Sup Koteow Thai!Slurpy! tringat la zaman teruna dara dulu, zaman baget pun sengket je, punya la nak makan , P ramai2, share duit minyak keta,ikut jln Ladang Tebu, sampai share sepinggan Koteow lagi. tapi waktu tu kalu share ngan BF romantik sgt la! padehal, sengket, mengket.

Beli la pulut sekilo, habuan nak buat pulut ayam, Ayam HPA yang  bang Ngah kasi ada lagi dlm peti sejuk tu. Dapat bonus ayam 13 ekor tu! kenduri kat adik beradik la jawabnya.

Dalam perjalanan ke padang, sempat gak  aku snap  few photos. semuanya pandangan paras dada, yalah, sebelah tangan pangku baby, sebelah lagi snap, nasib baik camera phone bole ambik gambar pegun masa kereta bergerak. kalau tidak, jenuh gak nak berenti tu.
 pemandangan ala2 hasienda gitu

 musim penanaman padi jenis selerak.tunggu padi menghijau , cantik. bertambah cantik kalau menguning nanti

 
rumah sapa ni?, cucu tumpang ambik gambo ye?
*randomly captured*

Thursday, April 8, 2010

30 min @stesen keretapi arau


Sambil menunggu keretapi sampai shari tu, aku sempat merakam beberapa gambar yang akan aku simpan sbg kenangan nanti. daripada cakap2 org setempat, tak lama lagi Stesen Keretapi Arau akan dirobohkan, diganti dengan Stesen Keretapi Ekspress baru yang sedang giat dibina ke selatan tanahair.selepas ini, kalau nak ke kl tak perlulah tunggu sampai 12 jam.4-5 jam mungkin dah sampai. Aku sendiri tidak berkesempatan utk menjadi penumpang keretapi. Biasanya aku memilih masa perjalanan yang lebih singkat utk ke Kl. kebiasaannya atas urusan penting sahaja. JAdi tidak berkesempatan melalui pengalaman dalam keretapi. Setakat naik komuter , paling lama pun dari Rawang ke Bangi.LRT, tu biasalah.

Berbalik kepada Stesen keretapi Arau. ianya terletak di bandar diraja Arau. jarak dengan istana hanya sepembaling batu sahaja.kalau dahulu, aku pasti hinggalah sekarang, students Uitm merupakan penumpang setia dek kerana jaraknya yang dekat dengan Uitm arau, dalam 2-3 kilometer.Kawan aku, Nurul antara yang selalu menggunakan kemudahan pengangkutan ini.aku lah tukang angkutnya kerana aku ada motor waktu tu. tak pun Kak Ween, sorang lagi Zera. Semua org Perlis. Ramai kawan2 dari selatan hanya berkereta, kami ni org uara, ramai hanya bermotor sahaja ke kelas.

 
kenangan sblm stesen ditutup


 
di sebelah utara, langit cerah terbentang manakala ke selatan hari nak hujan.


Wednesday, April 7, 2010

Alam & Manusia : Awan & Hujan


Alam& Manusia. Untuk yang bukan seangkatan dengan umo aku, Alam & manusia ialah nama subjek Sains hari ini yang diambil oleh pelajar2 cinoni. Sekolah Rendah. dulu kamu kenal Sains hanya menjejak kaki ke Tingkatan 1. Bimbit buku Nota Sains punyalah bangga. Hari ini, anak umor 4 tahun dah belajar sains. Sains kan maksud dia susunan ilmu manusia dan alam sekitarnya, samalah alam dan manusia!Cikgu Alam & Manusia favourite aku ialah Cikgu Naridan, masih ada lagi, sdg berjuang untuk Phdnya. Masa dia masuk tu dia baru posting, sbb tu dia pun still ngajar sampai hari ni. Kebanyakkan guru yg mengajar aku sekolah rendah dan meniti hari untuk usia bersara.Yelah 'cucu' pun dah masuk sekolah dah....

Untuk Post ini aku akan uploadkan gambar2 awan, sbb antara silibas yang paling aku suka dalam aalam & manusia ialah kejadian hujan, kitar hujan . Jenis awan yang paling aku suka ialah sang pembawa hujan, awan kumulunimbus Sebab aku rasa ianya cantik walaupun ngeri jugak bila ia jadi terlalu besar.

Pernah sekali, dek kerana aku suka melihat awan menjelang hari nak hujan, aku ternampak puting beliung sedang meranapkan rumah sedara aku yang jaraknya lebih kurang 500m dari rumahku. Jelas kelihatan atap genting yang sedang disedut ke dalam puting beliung berkenaan. aku bagai terpegun sampai la mak aku menjerit
" ha, tunggu lagi kat situ! dengan hang sat gi dibawak sekali" aku pun bergegas masuk rumah. dari celah nako, aku masih memerhati kejadian alam yg tak mahu kita lihat kesannya itu.

* hari terakhir exam UPSR, atap rumah aku diterbang puting beliung, satu family x sedar, aku yg kejutkan mak.

" mak! Atap rumah kita dah tak dak!"barulah mak dan ayah aku sedar bumbung rumah tika itu hanya langit yang terbentang luas!

nasib baik la baju sekolah aku tak sempat kena hujan....
satu rumah banjir , air hujan masuk dalam rumah.
 awan berarak mendung @ SK IPGM, Ps

@Hafifah Exit
kilat sabung menyabung, guruh berdentam2, tapi dek teruja nak snap juga , ku gagahi jua w'pun hati dah kecut. siap je, pecut!


hujan dah mula kelihatan

 hujan perenggan

the beauty side of perlis

Post ini aku akan upload semua photo yang menunjukkan keindahan Perlisku tercinta, may besome of the views,  kita jarang2 nampak, atau another angle yg aku rasa cantik mata memandang, aku akan update dari semasa ke semasa, dengan turutan terkini paling atas .
 musim padi mula menguning

 
 @Jln sg berembang, my home area


  Jln Tok Kuning

  Jln Tok Kuning