Wednesday, June 26, 2013

SURAT BUAT TERCHINTA























(Dedikasi untuk pecinta setia , atau yg belajar untuk setia... )
Asssalamualaikum
Menemui kekasihku, sahabat baikku, teman malamku , lingkungan selamatku dan curahan cinta dan sayangku.

My love,
Tahukah dikau bahawa ada satu kegembiraan dalam dunia ini yang Tuhan ciptakan untuk manusia seperti kita?  Untuk mencintai dan dicintai!

Pabila kita jatuh cinta, kita tidak mampu tidur lena kerna realiti itu lebih indah daripada mimpi itu sendiri.kita tidak sabar untuk bertemu orang yang dicintai, terus memuja dan membelainya, berada dekat dengannya.

Sayangku,
Perkara terbaik yang berlaku dalam hidupku ini adalah diri kamu.

Sayangku, pernahkah kau menyedari bahawa pada seluruh dunia ini, kau hanyalah seorang manusia sahaja. Tetapi kepada seseorang , kaulah dunianya, siangnya, malamnya, paginya, seluruh hayatnya?(insya Allah)

Cinta yang kau rasa itu bukanlah sesuatu yang paling cantik di alam ini tetapi tidak dapat kau sentuh …hanya dirasa , dalam hati.

Sayang,
Kita melalui bilah waktu bersama, menjadi lebih berusia bersama, kita berubah sesuai dengan perubahan usia itu gemuk, kurang menarik, tetapi satu yang masih sama…mencintaimu.

Kekasihku,
Terlintaskah di fikiranmu, bezanya wanita dengan lelaki yang saling mencintai?
Lelaki selalu inginkan mereka menjadi kekasih pertama wanita kesayangan mereka tetapi wanita sangat berharap diri mereka menjadi kekasih terakhir lelaki yang mereka agungkan.

Kamu mencintai wanita bukanlah kerana dia cantik
Tetapi dia menjadi cantik kerana kamu yang mencintainya!
Ini adalah kerana hanya hati dapat melihat apa yang tak mampu dilihat oleh mata kasar.

Kekasihku,
aku sangat berharap kita dapat menjadi 2 jiwa yang punyai satu memori dan 2 hati dengan satu degupan.

Cinta itu bukanlah cinta namanya  jika kamu senantiasa mempersoalkannya.


"

Wednesday, May 22, 2013

terbaik yg kuada....







KALI terakhir aku menulis, adalah April tahun lepas, mungkin itu  antara sebab aku antara dah hilang rasa dalam kehidupan seharian, banyak yang aku ingin katakan, banyak yang ingin aku update dlm facebook, tapi bayangkan lah kalau dulu aku akan buka facebook antara 8-12 jam sehari, sekarang seminggu sekali pon dah tak sempat.

ALASAN biasa aku, letih dan sibuk.... mungkin ini dikatakan endurance, aku biarkan angin bertiup... aku ikut, ini bukan kali pertama, waktu F4 juga terjadi perkara yang sama, anyway !  let the  bygone be the bygone.....

kalau dulu, aku lah orang terakhir yang akan stress dalam rumah, sekarang aku mungkin yang pertama.

bila cuti,  aku nak rehat atau jalan2, maka terbiarlah  hobi2 aku yg banyak tu, aku dh tak seghairah dlu bermain lensa, mahupun bermain benang jarum, baju terakhir widad pon sampai sekarang aku belum upload masuk fb atau blog serambi.buku jahitan yang sepatutnya jadik buku panduan dahjadik buku bacaan sahaja. cat acrylic dah sebulan aku beli, kononnya nak buat painting untuk rumah baru, tapi masih bercinta nak beli kanvas pulak.... bercucuk tanam pon apatah lagi, dapat pastikan laman rumah berumput pendek kira dah cukup baguslah!

yang menjadi mangsa:  famili... anak2 dan yang terchenta aku...... kadang kala aku bagaikan org baru putus cinta....  
persoalannya : am i sincere enough with wat im diong now?  sama ada aku tak tahu atau tak mengaku.

BIASANYA, kalau aku perlu kuatkan smangat , inaya dengan anak2 yg ku pinjam masa mereka, ...
widad misalnya, ambik kat nursery , then dukung " widad, kiss mama, bagi mama stronggg, widad peluk mama... bagi mama kuat" si kecik ni tanpa upah , tanpa lokek akan memberi, itulah satu kekuatan bagiku.

mungkin aku letih, tapi ku cuba positifkan bahawa keluarga bersamaku, maka  itulah terbaik.

ada abah, ada along, ngah dan bunga mama seorang...... sayang semua!
"