Wednesday, May 12, 2010

KAMPUNGKU

KAMPUNGKU, seperti nama kebanyakkan kampung di malaysia, nama kampungku diambil dari nama pokok yang banyak tumbuh di sekitar kampung ini satu ketika dahulu iaitu pokok Gelam. Semasa di sekolah rendah, aku dan beberapa kawan sekampung ditugaskan untuk membuat kajian sejarah la kononnya, asal usul nama kampung. kami pun naik beskal@ gerek keliling kampung , bertanya veteran2 kampung. mereka pun dapat cerita daripada datuk nenek la jugak....
pokok nipah, asal air nira, minum segar atau bole buat gula tarik (homemade candy) atau manisan 

Ianya penempatan berkelompok, sesuai dengan jenis aktiviti penanaman padi masyarakat melayu di kampung semenjak dahulu lagi. Masih teringat lagi aku turut serta ketika menanam padi. Bukan menanam padi yang kami ditunggu, tapi antara cara untuk turun ke bendang tanpa dimarahi mummy ialah tawarkan diri untuk membantu bila tiba musim menanam padi! membantu tu sekejap je, berlari dalam bendang yang lebih!(inilah Masker kami, org kampung, org bandar bayar beratus2 utk masker lumpur...hu hu masker menambahkan gatal di muka)

Kali terakhir aku menanam padi ialah sebelum sambung ijazah ke Shah Alam (yg kemudiannya aku lari balik  sambung d Arau jugak sbb homesick !), nak dapat duit belanja lebih, aku pun turun ke bendang, tolong abang 'menyulam'. Menyulam ialah  proses di mana kita memastikan padi tumbuh sekata ketika musim penanaman padi secara selerak kerana akan ada kawasan yg tidak ditumbuhi padi. Proses ini dilakukan dgn menanam padi di ruang yang tidak ditumbuhi padi lah!

Itulah kami adik beradik, bukan senang nak senang, (salah ke kalau aku cakap sekarang aku tak nak susah payah cam dulu2 dah?)  adik aku yang paling bongsu, tiap2 kali cuti mesti kena tolong ayah 'buat rumah' ( ayah seorang tukang rumah). Aku teringat lagi macam mana aku kumpul duit nak beli jam tangan untuk suami tersayang (waktu tu masih d uitm la). sehari seringgit mintak kat mak, mak tanya" nak buat apa?' aku jawab'' ada lah, anggap saja upah tibaq roti canai', he he,  sampai sebulan dapatlah beli jam tangan kat si dia....tapi si dia ni jenis tak pakai jam  tangan la pulak. pelik kan ? orangnya punctual, kalau janji pukul 9, pukul lapan siap dah tunggu , kami satu family kena bangun pukul 6! Tapi memang tak pakai jam... menunjukkan org yang pakai jam x semestinya kerana fungsi jam sahaja.Juga, orang yg x pakai jam bukanlah org yang x hargai masa.

Bila dah terjun bendang .....seronok mmg seronok (tok sah nak cerita bestnya), tapi , keluar nanti letih bagai hilang tenaga! abih riang,, badan mesti gatal2, miang jerami la, ditambah pula dengan penggunaan baja kimia yang pelbagai nama, ditambah pula dengan SISA racun serangga perosak,. risiko orang bendang katakan. sebab itulah sekarang ni, kerajaan giat promote amalan pertanian baik gitu.(hu hu tringat jawab soalan spa8  baru2 ni)

satu lagi keserononokan yang sampai sekarang aku akan join, bila air telaga mulai kering(yang dulu kami gunakan untuk mandi ,25 years ago la). Air di bendang akan kering, jadi ikan mulai berpindah ke mana2 telaga yg berhampiran.Waktu inilah aku dan adik2 mula mengenen abang sulung timba telaga, proses keringkan air di dalam telaga untuk tangkap ikan. sepupu sepapat, anak2 jiran , mesti ramai yang nak tumpang sekaki,, silap2 dari pagi sampai petang!kalau yang tak bagitau mak tu, balik karang adalah yang nak kena .... selalu kami punya telaga, mak dah tau awal2 , kira selamat la kan? yang menumpang ni, badan dah terjun dalam lumpur, kepala ligat cari alasan la....
ikan sepat, ikan haruan, ikan keli, ikan puyu dan udang bendang, banyak lagilah yang akan dapat free! modal cuma petrol utk isi pam air le, dulu2 pakai tangan utk timba telaga ni, tong minyak masak yang diubahsuai dgn tali panjang. proses ini memerlukan 2 org, selalu lelaki la, aku tak pernah cuba pun sbb tau sangat dah, boleh sakit badan ooo.pengalaman paling tak lupa masa tangkap ikan ni ialah bila aku dah terjun, tangkap ikan best la layannn... sekali ada ular air ke ular tanah, tak taulah! elok aje menuju kat aku. Niat di hati tu, Nak cabut la, tapi lumpur setakat pinggang tuuu....aku jerit mintak tolong abang aku no 4 tu, tahu apa dia cakap?


"tangkap la! baling keluar telaga!" lepas tu bole gelak2..

sampai aku dah meleleh air mata, dia pun tangkap la , baling keluar.... sengaja! (tringat crita Drover's wife).
 ini la telaga yg best sg,t tu.... waktu ni pun musim kemarau, itik pun x lalu nak berenang
Ketika hampir semua penduduk masih bergantung kepada air telaga: musim kemarau atau musim timur, air telaga akan kering: kecuali telaga yang besar dan dalam sahaja, selalunya aku akan mandi di telaga rumah sepupu belakang rumah la, nak ke sekolah, kena la bangun pagi2 buta pergi mandi, balik mandi, kaki tetap kotor sebab redah bendang yang agak berdebu....  belum dihambat itik angsa yang asyik nak menyudu orang lagi.... Anak tuan sendiri pun tak kenai! (seingat aku, masa belum pasang paip besar tu, bekalan air paip tetap akan terputus2 bila musim kemarau.)

tapi musim kemarau dulu rasanya tak sepanas sekarang, rasanya dua sebab:1: perubahan cuaca sekarang, bumi semakin tenat. 2: mungkin badan aku makin manja, dulu aku tahan je panas... tidor tengah hari boleh pakai comforter lagi... sekarang air mandi pagi pun rasa panas, tak perlu heater pun...


dulu: di kampung, tiap2 petang, tidak bole tidak,aku selaku budak2 mesti keluar bermain ngan kawan. setiap musim ada game nya. Kecik2 main Polis sentri la atau Aci Ligan, main tuju kasut, roundess(betoi ka eja ni, hantam je la), macam baseball la, cuma bola perbuat drpd kertas yang dikepal kemas2 lepas tu dibalut elok2 menjadi bola), Aci Sembunyi (hide n seek): sambil main bole la sharpen skill kali2(sifir), Lompat Tali, zero point,dan macam2 lagi la! pendek kata, tak keluar bermain sehari umpama rasa nak mati !(pernah kena grounded sehari dgn mummy sbb result hampeh, tak study ler, over confident!) tapi selalunya aku main kat rumah kawan2, jarang 2 aku ajak kawan2  main kat rumah aku, ayah garang!!! 

Berbeza dengan anak2 sekarang, tak keluar rumah pun tak kisah, astro ada, tak pun ngadap komputer, masuk internet, belum lagi PS 2 , PS 3, mama masuk je fb, ada saja nak offer, nak tolong siram pokok kat barn buddy , angkat makanan kat cafe world, kutip sampah kat restaurant city, sambung shift kat hotel city..... panjang list nak tolong tu.... tak keluar rumah pun tak kisah!




bila mama mengadap facebook
ikan di kuali bertukar warna
bila mama mengadap facebook
adik meniarap sudah tertidur
bila mama mengadap facebook
pinggan berbasuh pukul 12
bila mama mengadap facebook
angah mandi air melimpah
bila mama mengadap facebook
hujan turun jemuran basah
bila mama mengadap facebook
abah balik nasi tiada
langsung kena off....


hu hu, sekadar hiburan , ditambah nilai hiperbolanye supaya nampak gramatis sikit. 
4 bloggers out  there, jgn le sampai gini ye?