BUATAN KENDIRI

page ni adalah untuk mempamerkan my hand made item. semuanya buat sendiri.untuk my beloved princess n princes. paling penting utk self satisfaction la.

SEWING


masa bonda mula2 beli mesin jahit singer, akulah yang paling suka, macam2 yang aku nak jahit, paling aku ingat ialah beg duit a.k.a wallet yang tak seberapa wallet. warnanya biru, alah! biru kain sekolah menengah tu. mana aku ambik aku pun tak ingat.Dan antara sebab mesin jahit itu selalu rosak sebab akulah yang buat terror.


Masuk sekolah menengah ada subjek ERT, salah satu cabang Kemahiran Hidup. Aku memang suka, cuma aku bukanlah teliti sangat. sebab kalau nak jadik tukang jahit , ketelitian itu penting, barulah hasilnya cantik nanti.Cikgu aku suruh sembat susup untuk matikan benang , aku aci undurkan jahitan je, lagi senang! sebab tu, sampai sekarang, kalau baju kurung paling lama aku bole buat 2 hari je, kalau tak, lambat lagi nak siap tu.


: overall  kat atas tu sebenarnya kain lebihaku buat seluar slack utk mushfiq, simpan bertahun2 dah. pastu dapat idea buat ovrall skirt tuk widad, seksi sikit, tapi widad kena pakai dgn hose pant or bb tight ke bb legging, baru cute n nomey2
lupa plak  nak snap masa dia pakai ovrll nin, cute je( baby...pakai apa pun kiut) , masa tu g kenduri sedara mi ammor @kepala batas, kedah.

PEASANT BLOUSE, nak belajar? belajarlah  jahit dari rakan alam maya i ,maya! terima kasih cikgu!(versi upin& ipin). dari patern ni  macam2 idea baju ala princess timbul....

ni pulak dress daripada english cotton  yg dibeli dari Kedai Ayu Ria, Kangaq le.

maya kasik namadia dress ala dahlia,sempena nama anak dia rsanya.

Micha mula2 pakai dulu ,sweet je nampak, tapi sekarang agak singkat sikit la




ni pulak baju kurung pertama untuk Bunga Mama . Kalau dulu mama belajar buat baju kurung, mama hanya boleh  buatkan baju melayu kurung johor setiap kali raya puasa tuk Anyan(danial) dan Mupik(Angah).

micha pakai baju ni masa pegi kenduri Aqiqah cucu menakan aku/anak sedara Micha/cucu Kak Chaq, sepupu aku , sebelah mummy.














ha inilah dia yang dinamakan rantaian idea, peasant blouse bertangan panjang, untuk Widad pakai malam2, atau hari dingin bangat...















yang ni nama dia sundress, Dalam Nat Simpang Tok Kassim, ada satu gerai yang menjual barang menjahit yang tersangat murah, Elastik tape rm1/ 3meter! ramai tukang jahit selalu beli barang kat pak cik din ni. 


hari tu aku beli benang getah, test buat sundress. alahai! bila dah siap, senangnye rupanya ! selama ni, aku dok tertanya2, camna nak buat bagi kedu2 tu selain guna mesin-pleater-susah-nak-beli tu.


tali dress sengaja aku panjangkan, hujungnya aku simpulkan  jadi  bunga.



 










 CROCHET
: hu hu! ini pulak my attempt utk buat crochet shoes, terbesaq la plak... tak pe, 1st try, beli bnang kait melambak2. bole cuba lagi.

 (gambar terdelete la pulok! sekali cari tak jumpak)
DRAWING/PAINTING

ni plak my painting masa ngajar @smk arau, my best friend waktu tu ngajar seni, selalu dia tanya apa yg dia nak ajar students sbb dia bukan major seni. i pun bkn major seni tapi suka melukis n antara fave subj masa schooling dulu, skrang pun minat lagi, cuma ngadap pc ni best lagi....ILUSI OPTIK namenye , cam projek bebudak sekolah gitu.

ni pulak teknik lukisan gunakan crayon, i ambik motif drp bekas manan dlm dapur,
title:fr.left:PUMPKIN,FISH,  ONION. i gantung kat dinding dapur

nanti i akan upload many more items, buat cuci mata , ingat kalu sempat  nak buat giant stamp plak.