Monday, April 25, 2011

next generation photography course@UUM

bila tgk nama course, macam nak tergelak, sbb kalau tgk umo, mmg aku sebaris sebaris dengan penceramah2nya saja (atau lebih tua). tapi yalah, kita master bidang memasing. This field mmg tersangat bagi, aku terlalu bayi dalam bidang ini, walaupun umo aku dah masuk 3 dekad, aku tak kesah kalau start from zero.

Memang, kalau stakat teori aku paham, tapi aplikasi , amali itu lebih penting, ilmu tanpa amal tak guna, amal tanpa ilmu lagilah semborono! pendekatan aku, kalau aku betoi2 nak terjun dalam bidang ni, aku kna master basic terlebih dahulu, sampai saat ketika ini, manual adjustment pon ,  aku masih hampeh, kalau nak urgent, mmg pkai auto setting...kui3 senang citer,

just... yalah!, macam kata sorang master ni " sampai bila nak guna Auto?" memang kna batang idung akulah....

Bila aku tamatkan kursus ni, bagaikan sang pengembara di tgh sahara, hilang dahaga, tapi masih perlukan air kerana perjalanan aku masih panjang.... setitik ilmu di lautan yang aku dapat ini membuka ruang baru dalam hidup aku dan aku bersyukur kerana berpeluang. apatah lagi dengan ramai yang sudi berkongsi ilmu, tak kira di kalangan master2, mahupun senior participant. thank uols!


malam dinner dan pembahagian kumpulan
 "

Sunday, April 10, 2011

senja nan merah

pabila senja, lihatlah ke langit
ku abadikan di lensa kameraku ini ,
awan nyata lebih biru, merah nan  garang
selangkah depan belakang, takkan sama tarikannya
meski hari lain, mungkin takkan tiba sebegini lagi....


"

Friday, March 25, 2011

dalam rumah , luar rumah


quicksilver

pusing2

itching


kalau pokok mana daunnya....

3 beradik



"

Friday, March 11, 2011

what early riser got

kata buku yag aku beli, translatenya lebih kurang ginilah" burung terawal dapat makanan terbaik" sebenarnya aku selalu dengar, dalam fotografi pon ada baiknya kita bangun awal , apatah lagi pada hari cuti ataupun pergi bercuti. aku juga faham, ramai ambik kesempatan cuti, untuk tidur lebih lama, begitulah, aku sendiri kalau dah penat bekerja mmglah nak tidur habis-habisan. tapi memandangkan hari tu  aku tidur kat rumah my mummy, so segala mak nenek yg cantik2 di luar sana memanggil aku meninggalkan katil, plus, hero2 n heroin aku dah melata ke serata bumi kampung. nak tgk kucing lah, ayam la, dan segala lah lah lagi lah!

So, aku pun snap sana , snap sini,edit sikit , enhance skit2, (sebab aku lebih suka raw from camera) , dapatlah gambar yg kat bawah ni.

hari mau siang

tempat daddy bertafakur...




bunga belimbing

belangkas naik darat

bunga raya hasil jagaan mumma

pokok jolok cacing

buah nipah, isi makan ngan cendol pulut, nyummy!

kesimpulannya, tak perlu jauh2, kat kampung pun banyak subjek utk dieksplorasikan.
"

Tuesday, March 1, 2011

Jangan dilipat si daun  sirih
Susun cantik di dalam raga
Benarkah abang setia kasih,
Adik di sini tidur berjaga,

"

AHLAN WASAHLAN !!!

atif najwan


kedatangan mu dinantikan
memberi cahaya pada ruang yang luas,
utk diisi dgn tangismu, hilai tawamu, jeritpekik saban waktu
ruang luas untukmu,
mencipta dan meneroka,
ummi melorek senyuman , abah turut tersenyum
mama jua begitu,
mak tok,tokwan mak ngah, pak long, pak lang, paknjang, pak cik, semua sekali!
mendepa tangan, mendoakan kamu
menjadi anak yg soleh...
selamat datang khalifah kecil...



"

Thursday, February 10, 2011

Didih sup herba perencah
Periuk panas jangan tumpah
Baru serelung kita berpisah
Hati rindu bagai nak pecah


"
my love,

Makan pulut teman serawa
Tambah madu air pegaga
Sayangkan harta ke ujung nyawa
Sayangkan abang bawa ke sorga

"
dear love,

Mari  berdagang balik teluk
Singgah Melaka jemput minum
Rasa rindu bagai nak peluk
Rasa sayang bagai nak cium!(opppps!)

"
Angsa putih terbang sekawan
Tumbuh liar Si Asam Paya
Lihat senyum ingatlah tuan
Lihat rajuk ingatlah saya


"
ruangan  ini aku khaskan  untuk tersayang aku, kawan2pun boleh amik asalkan dengan niat  dapat   ' mengemaskan ' hati terhadap org yg anda cintai, terutama pasangan suami isteri, lagi baguih!

Uncang emas beratnya isi
Barang dagang satu pedati
Mencari kanda ilang di sisi
Rupanya sembunyi di balik Hati

"

tika pulang

batas bendang

tandop: kalau musim kering, ikan banyak nih

photo ni, aku nak sgt amik, tapi hasil belum dapat lagi

teringat zaman naik bas dulu2

tengok awan teringat cotton candy



Tuesday, January 4, 2011

the beauty side of perlis2



Bukit Lagi : viewed from pengkalan assam

seriab