Wednesday, April 7, 2010

Alam & Manusia : Awan & Hujan


Alam& Manusia. Untuk yang bukan seangkatan dengan umo aku, Alam & manusia ialah nama subjek Sains hari ini yang diambil oleh pelajar2 cinoni. Sekolah Rendah. dulu kamu kenal Sains hanya menjejak kaki ke Tingkatan 1. Bimbit buku Nota Sains punyalah bangga. Hari ini, anak umor 4 tahun dah belajar sains. Sains kan maksud dia susunan ilmu manusia dan alam sekitarnya, samalah alam dan manusia!Cikgu Alam & Manusia favourite aku ialah Cikgu Naridan, masih ada lagi, sdg berjuang untuk Phdnya. Masa dia masuk tu dia baru posting, sbb tu dia pun still ngajar sampai hari ni. Kebanyakkan guru yg mengajar aku sekolah rendah dan meniti hari untuk usia bersara.Yelah 'cucu' pun dah masuk sekolah dah....

Untuk Post ini aku akan uploadkan gambar2 awan, sbb antara silibas yang paling aku suka dalam aalam & manusia ialah kejadian hujan, kitar hujan . Jenis awan yang paling aku suka ialah sang pembawa hujan, awan kumulunimbus Sebab aku rasa ianya cantik walaupun ngeri jugak bila ia jadi terlalu besar.

Pernah sekali, dek kerana aku suka melihat awan menjelang hari nak hujan, aku ternampak puting beliung sedang meranapkan rumah sedara aku yang jaraknya lebih kurang 500m dari rumahku. Jelas kelihatan atap genting yang sedang disedut ke dalam puting beliung berkenaan. aku bagai terpegun sampai la mak aku menjerit
" ha, tunggu lagi kat situ! dengan hang sat gi dibawak sekali" aku pun bergegas masuk rumah. dari celah nako, aku masih memerhati kejadian alam yg tak mahu kita lihat kesannya itu.

* hari terakhir exam UPSR, atap rumah aku diterbang puting beliung, satu family x sedar, aku yg kejutkan mak.

" mak! Atap rumah kita dah tak dak!"barulah mak dan ayah aku sedar bumbung rumah tika itu hanya langit yang terbentang luas!

nasib baik la baju sekolah aku tak sempat kena hujan....
satu rumah banjir , air hujan masuk dalam rumah.
 awan berarak mendung @ SK IPGM, Ps

@Hafifah Exit
kilat sabung menyabung, guruh berdentam2, tapi dek teruja nak snap juga , ku gagahi jua w'pun hati dah kecut. siap je, pecut!


hujan dah mula kelihatan

 hujan perenggan

No comments: