Wednesday, March 31, 2010

Nat

Nat? nat ke nut? kacang? psy? ramai yg bukan dari utara pasti tertanya, Nat atau bahasa kamusnya pasar sehari, pekan sehari. sama sahaja lah,  dari mana keluar perkataan tu, tak tau la.

Nat yang aku nak cerita ialah Nat Simpang 4 Tok Kassim , tapi  kat pejabat pos , nama simpangt 4 saja. kata arwah mak angkat aku, alllahyarhamah fadzillah, NatSimpang 4 ni yang terbesar sekali di perlis,
 duduk  sambil berniga kurangkan guna tenaga
once upon a time......
pada ingatan aku, dulunya, semua orang meniaga duduk sahaja, berlapik kayu yang dibuat alas ala2 pentas, berniagalah para peniaga yang gigih mencari rezeki yang halal, masih melekat di ingatan aku, ketika seusia anak sulungku sekarang ni, aku cuku gemar membeli kuih apom balik sebab abg sulungku bekerja sbg pembantu di gerai mejual apom balik, tak jemu2! setiap minggu mesti nak mak belikan apom balik. Satu lagi, aku selalu minta mak belikan Tora . makanan ringan yg disertai oleh mainan . mmg favourite la  waktu tu.Asal iklan baru masuk dalam tv, hati mula tak sabar2 nak ke simpang 4.
cendol


Mak pulak(my iron lady) port paling best utknya ialah gerai kain baju . Sidek nama taukenye. kain baju yang mak beli daripada Sidek akan dibawa jual sekeliling kampung. ansuran 2 -3 kali.aku suka sangat mengikut mak ke portnya sbb ada Seorang lelaki India  jual rempah ratus, kalau aku datang mesti akan hulurkan 20 sen. Dulu! 20 sen tu aku dah bole makan nasi sepinggan.

Yang menjual makanan, letih nak mengiranya, tumpuan yang paling kurang surutnya, gerai jual ubatlah apa lagi.yang menjual kain baju macam Pak Cik Sidek pun ada.

20 tahun berlalu...

Nat Simpang 4 Tok Kassim juga masih bertahan, bersama masa yg kian berlalu, ada peniaga yang rebah, ada yang masih tak berubah, peniaga yang benar2 punyai kualiti usahawan sahaja layak bertahan merentas masa. Bijak mencari kesempatan, fokus pada kehendak pelanggan, pasti berjaya. Kebanyakkan pengunjung nat ini ialah orang yang mencari kombinasi barangan murah dan cantik. kebanyakkan peniaga datang dari segenap ceruk utara tanah air, menjanjikan variasi pilihan untuk pengujungnya. malahan, kesempatan ini turut diambil oleh peniaga dari selatan Thailand. Ada sesetengah item , anda tidak perlu ke Padang Besar pun, kerana peniaga sendiri yang akan datang berniaga ke Nat ini.



Pada hari selasa biasa pun pengunjung berasak2 seawal 9.00 pagi apatah lagi hari cuti sekolah ataupun semua orang baru dapat gaji. Silap hari bulan tak sempat nak melepak kat gerai cendol favourite aku tu, licin semua!


Produk yang terkenal selain yang aku dah mention kat atas tu ialah, Laksa Pak Hashim, Ulam laksa dia campur jantung pisang, aku yang bandar air ni, tak makan jantung pisang, pun bole telan, kuah dia biasa sajaa, tapi bila dicampur dengan budu dan ulam, perggghh. Adik aku, Yani cukup suka laksa, mau pulak bulan puasa lintas kat depan gerai dia, hmmm , tahan je la!



Laksa  Jantung Pisang


Kat Nat ni ada yang dijual special item yang jarang2, kadang kita dengar, kecuali org yg betul familiar, contohnya Latut yang seperti rumpai laut, alga laut gitu, diambil dari laut segar2 dan hidup, warna hijau macam seaweed jugak, makan pun fresh cicah sambal belacan. Aku tak pernah cuba, tapi org selalu cakap sedap lah! aku kan bandar air sikit.

Setakat kuih tradisional orang utara , khususnya Negeri ku tercinta ini, memang banyak. 2 minggu lepas, adw  sedara bawak orang kelantan ke Nat, tumpang sekali ngan keta  aku la, rupanya kuih karas ni bukan ada di semua negeri, Si kawan ni apa lagi , borong la. Setiap Kali tengok Kuih Karas teringat my late mak menakan(mak sedara), yang meninggal semasa aku di UiTM , dip dulu nun. Masa kecik2, aku selalu took part lenggang kuih karas dalam belanga (kuali la-org selatan belanga tu periuk ye? ) antara mi favourite kuih tradisional ialah kuih karas, peneram, kuih bangkit, putu beras, putu kacang, kuih kapit dsb. semua ni bole ditemui di Nat.

aku ni kalau bercerita mmg tak bole stop. Nak pulak karangan tanpa draf, bole melalut ke mana hala la.

sememang diakui kebahagian hidup aku ada pada nat. Masa tunggu SPM, setiap minggu  akan ke Nat.Baju nikah aku beli daripada gerai Pak Cik Sidek, Light Pink with Small Flower. Sekali pandang terus terpikat. Tudung dan Baju yang aku pakai mendaftar ke Uitm mula dulu pun dari sini la, Keperluan bahan masakan utk Kenduri kahwin aku pun kat sinila jua. hal yang sama juga utk Majlis Perkahwinan adik aku.Sumbangan Nat pada masyarakat setempat sangatlah besar kerana ianya menjadi tempat perhimpunan peniaga yang sentiasa berusaha mengambil kesempatan dgn rating pengunjung yang tinggi setiap minggu. Bosan?, kalau dah lama tak ke Nat, mula hati rindukan keriuhan peniaga2 di situ. Biarlah badan letih pusing satu Nat, tapi hati puas.


teringat cerita bawang putih bawang merah

jagung taiwan yang manis, enak direbus atau buat jemput2 jagung cicah dgn homemade cabai cuka, nyum!! kena pulak lepas hari hujan , hm hmm


No comments: