(Dedikasi untuk pecinta setia , atau yg belajar untuk setia... )
Asssalamualaikum
Menemui kekasihku, sahabat baikku, teman malamku
, lingkungan selamatku dan curahan cinta dan sayangku.
My love,
Tahukah dikau bahawa ada satu kegembiraan dalam
dunia ini yang Tuhan ciptakan untuk manusia seperti kita? Untuk mencintai dan dicintai!
Pabila kita jatuh cinta, kita tidak mampu tidur
lena kerna realiti itu lebih indah daripada mimpi itu sendiri.kita tidak sabar
untuk bertemu orang yang dicintai, terus memuja dan membelainya, berada dekat
dengannya.
Sayangku,
Perkara terbaik yang berlaku dalam hidupku ini
adalah diri kamu.
Sayangku, pernahkah kau menyedari bahawa pada
seluruh dunia ini, kau hanyalah seorang manusia sahaja. Tetapi kepada seseorang
, kaulah dunianya, siangnya, malamnya, paginya, seluruh hayatnya?(insya Allah)
Cinta yang kau rasa itu bukanlah sesuatu yang
paling cantik di alam ini tetapi tidak dapat kau sentuh …hanya dirasa , dalam
hati.
Sayang,
Kita melalui bilah waktu bersama, menjadi lebih
berusia bersama, kita berubah sesuai dengan perubahan usia itu gemuk, kurang
menarik, tetapi satu yang masih sama…mencintaimu.
Kekasihku,
Terlintaskah di fikiranmu, bezanya wanita dengan
lelaki yang saling mencintai?
Lelaki selalu inginkan mereka menjadi kekasih
pertama wanita kesayangan mereka tetapi wanita sangat berharap diri mereka
menjadi kekasih terakhir lelaki yang mereka agungkan.
Kamu mencintai wanita bukanlah kerana dia cantik
Tetapi dia menjadi cantik kerana kamu yang
mencintainya!
Ini adalah kerana hanya hati dapat melihat apa
yang tak mampu dilihat oleh mata kasar.
Kekasihku,
aku sangat berharap kita dapat menjadi 2 jiwa
yang punyai satu memori dan 2 hati dengan satu degupan.
Cinta itu bukanlah cinta namanya jika kamu senantiasa mempersoalkannya.
