Thursday, April 8, 2010

30 min @stesen keretapi arau


Sambil menunggu keretapi sampai shari tu, aku sempat merakam beberapa gambar yang akan aku simpan sbg kenangan nanti. daripada cakap2 org setempat, tak lama lagi Stesen Keretapi Arau akan dirobohkan, diganti dengan Stesen Keretapi Ekspress baru yang sedang giat dibina ke selatan tanahair.selepas ini, kalau nak ke kl tak perlulah tunggu sampai 12 jam.4-5 jam mungkin dah sampai. Aku sendiri tidak berkesempatan utk menjadi penumpang keretapi. Biasanya aku memilih masa perjalanan yang lebih singkat utk ke Kl. kebiasaannya atas urusan penting sahaja. JAdi tidak berkesempatan melalui pengalaman dalam keretapi. Setakat naik komuter , paling lama pun dari Rawang ke Bangi.LRT, tu biasalah.

Berbalik kepada Stesen keretapi Arau. ianya terletak di bandar diraja Arau. jarak dengan istana hanya sepembaling batu sahaja.kalau dahulu, aku pasti hinggalah sekarang, students Uitm merupakan penumpang setia dek kerana jaraknya yang dekat dengan Uitm arau, dalam 2-3 kilometer.Kawan aku, Nurul antara yang selalu menggunakan kemudahan pengangkutan ini.aku lah tukang angkutnya kerana aku ada motor waktu tu. tak pun Kak Ween, sorang lagi Zera. Semua org Perlis. Ramai kawan2 dari selatan hanya berkereta, kami ni org uara, ramai hanya bermotor sahaja ke kelas.

 
kenangan sblm stesen ditutup


 
di sebelah utara, langit cerah terbentang manakala ke selatan hari nak hujan.


No comments: